Ini merupakan text yang telah aku tulis suatu ketika dulu. Tetapi text tu ditulis dalam bahasa Inggeris. So, ni aku just mentranslatekan balik apa yang telah aku tulis ke dalam bahasa Melayu. Diingatkan bahawa ada sesetengah perkataan aku tulis dalam bahasa Inggeris untuk kesesuaian dalam penulisan.
Apa itu Virus, Worm & Trojan?
Virus
Virus atau juga dikenali sebagai virus komputer merupakan satu program yang ada dalam komputer anda tanpa anda sedari. Virus dapat merebak dan menjangkiti komputer lain. Kemudian, komputer yang telah dijankiti itu pula akan menjangkiti pula komputer lain dan seterusnya. Virus tidak wujud dengan sendirinya seperti virus biologi yang kita ketahui. Tetapi virus komputer wujud hasil dari kod-kod programming yang telah dikodkan oleh pengaturcara (programmer) yang tidak bertanggungjawab. Kenapa programmer membuat virus? Kebanyakkan virus yang dicipta adalah untuk memusnahkan komputer. Mereka (programmer) ini ingin menunjukkan betapa hebatnya ilmu pengetahuan meraka dalam programming ini. Tetapi ada sesetengah programmer mencipta virus untuk memusnahkan virus lain. Tetapi programmer or virus seperti ini amat jarang dijumpai. Dan ada juga jenis virus yang dapat mereplika (replicate) diri mereka sendiri.