Hari Khamis aritu aku gi jenjalan ngan member aku (Ikram nama die). Baru je balik dari UTM dah nak jenjalan. Bosan duk umah. Lagi pun aku dah memang plan dah ngan member aku tu nak gi main bowling and tengok wayang bile kitorang balik nanti.
Kitorang gi jenjalan kat Mid Valley je. First tu ingat nak gi One Utama, tapi member aku tu cakap die tak tahu jalan. (Member aku tu bukan nye orang KL. Die orang Perak. Die singgah jap kat umah akak die kat Shah Alam before balik terus gi umah die kat Perak tu).
First sampai kitorang gi beli tiket dulu. Ingatkan tak ramai orang. Rupe2 nye ramai gile orang beratur and nak tengok wayang aritu. Ada gak la dalam 15 minit bediri beratur. First tu kitorang ingat nak tengok cite Harry Porter, tapi seat yang tinggal seat depan je. Ingatkan nak beli tiket yag kul 6.20 petang nye, ada gaj la seat belakang tapi masalahnye Student price hanya sampai kul 6 je. So terpaksa la kitorang decide cite ape yang nak ditengok. Last2 kitorang decide nak tengok cite Zathura kul 5.45 petang.
Pas beli tiket sementara nak tunggu masuk panggung, kitorang gi ke plan seterusnye iaitu gi main bowling. He3. Entah ape la nasib aku hari tu. Banyak dapat strike and aku telah pecahkan rekod peribadi aku. 😀 Tak sangka aku aritu. Sampaikan member aku pun jeles ngan point yang aku dapat. (Sorry…tau Ikram. Hak3.)
Selepas habis main 2 game, kitorang singgah jap kat McD nak beli cone sundae (standard aku ngan kawan2 kalau dah pas habis main bowling mesti singgah gi McD makan ais-krim). Then kitorang gi surau nak solat Asar kat bawah tu sambil jalan2 nak habiskan ais-krim tu.
After that, kitorang pun gi la naik balik tingkat atas sekali nak gi tengok wayang. Best gak r cite tu. Aku mule2 tak nak tengok cite tu coz rase cite tu macam budak2. Member aku r cakap cite tu best and die nak tengok. Sebab member aku ni orang jauh and sekali sekala turun KL, aku pun layan je la. Rupe2nye best cite tu and tak nyesal la aku layan kepala member aku sorang nih.
Cite die berkisahkan pasal sebuah permainan pengembaraan ke angkasa lepas (lebih kurang cam Jumanji tapi ni ekspedisi ke angkasa lepas r). Setiap kali kad yang kuar dari mesin tu akan menentukan ape yang bakal berlaku. And aku rase part yag paling best mase ending die tu la. Memang aku pun tak sangka yang ****** merupakan ****** tu (saje je censored :p ). Aku bagi 3.5 bintang kat cite ni. So aku rase kepada sesapa yang nak tengok cite Zathura ni, baik gi tengok cepat. Tak nyesal pun kalau tengok…
Antara gambar2 dari filem Zathura:
Note: Semua gambar2 ini diambil dari website http://www.hollywood.com
Btw aku skang ni tak sabar nak gi tengok cite Aeon Flux (2hb Disember) kuar. Best gak r aku tengok thriller die.
Cite Narnia pun best gak!
Ps: Bile la aku nak tengok cite Harry Porter nih?
Leave a Reply