Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
Read more…
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan
emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata
atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin
terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa
si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang
adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat
saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu
berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara
bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus
melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya,
selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup
kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai
jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan
kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya
berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa
adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak
dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Read more…
Hari Khamis aritu aku gi jenjalan ngan member aku (Ikram nama die). Baru je balik dari UTM dah nak jenjalan. Bosan duk umah. Lagi pun aku dah memang plan dah ngan member aku tu nak gi main bowling and tengok wayang bile kitorang balik nanti.
Kitorang gi jenjalan kat Mid Valley je. First tu ingat nak gi One Utama, tapi member aku tu cakap die tak tahu jalan. (Member aku tu bukan nye orang KL. Die orang Perak. Die singgah jap kat umah akak die kat Shah Alam before balik terus gi umah die kat Perak tu).
First sampai kitorang gi beli tiket dulu. Ingatkan tak ramai orang. Rupe2 nye ramai gile orang beratur and nak tengok wayang aritu. Ada gak la dalam 15 minit bediri beratur. First tu kitorang ingat nak tengok cite Harry Porter, tapi seat yang tinggal seat depan je. Ingatkan nak beli tiket yag kul 6.20 petang nye, ada gaj la seat belakang tapi masalahnye Student price hanya sampai kul 6 je. So terpaksa la kitorang decide cite ape yang nak ditengok. Last2 kitorang decide nak tengok cite Zathura kul 5.45 petang.
Read more…
Aku skang ni kat umah. Baru je sampai hari Rabu hari tu. Punye la semangat bawak balik CPU aku dari UTM ke sini. Naik bas plak tu. Nasib baik la bas tu tak penuh. So, boleh la aku letak CPU ngan beg aku tu kat tempat duduk yang double seat tu. Kalau tak, tak tahu kat mana aku nak letak CPU ngan beg aku tu.
Aku bawak balik CPU tu bukannye ape. Just sebab takut bosan duk umah. Ye la, komputer kat umah ni bukan la ok sangat. Nak main game yang best2 pun tak lepas. Tu pasal aku semangat bawak balik CPU aku tu.
Then pas aku setup semua CPU aku tu, aku try la connect internet. Ingatkan boleh la connect, last2 takleh coz ada error. Windows bagi error yang modem aku tu ade error. Last2 terpaksa la aku gune computer lama ni kalau nak gune internet and kalau aku nak main game, terpaksa la aku cabut balik CPU lama ni and sambung plak kat CPU baru tu. Nyusahkan aku je…
Di kesempatan ini, aku nak ucapkanlah kepada dak2 UTM, good luck untuk final korang. All the best!!!
Ish3. Aku pun nak kene pulun study gak nih.
Aku baru je setup forum tuk website aku nih.
So sudi-sudilah join and bersembang sesama kita.
Klik link kat atas tu atau, click link nih: http://www.cypherhackz.net/forum/index.php
Check it out:
http://www.gahooyoogle.com/
Two search engine inone website…
Aku baru je sampai rumah petang tadi. Naik bas dari Sri Putri dalam kul 11.30 pagi. Sampai KL kul 4.00 petang.
Pastu kene plak naik bas dari Kotarya ke rumah aku ni. Ada la dalam 2 jam aku duk dalam bas tu. Sampai-sampai rumah, penat gile…
Walauapepun, aku karang blog nih, just nak wish Selamat Hari Raya dan Happy Deepavali kepada semua pengunjung blog aku yang tak aktif sangat nih. Isk3.
Btw pas aje cuti raya ni, aku kene struggle skit sebab naik cuti aku ada exam final. First paper 10hb November nih. Ish3. Dah la satu ape pun aku tak prepare lagi…
Tu je kot tuk malam ni. Kalau ade mase aku tulih lagi…
Hmm…akhirnye ade gak aku mase untuk mengarang blog aku nih. Sejak kebelakangan ni aku asyik sibuk je. So, tak dapat nak mengupdate blog aku nih.
Btw aku rase belum terlambat untuk aku wish Selamat Berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Walaupun baru je 6 hari berpuasa, dah banyak dah kuar iklan pasal raya nih. Sampaikan member2 kat blok aku terikut2 dengan pasang lagu raya. Ish3.
Sebenarnya, aku baru je balik dari test kete tadi. Alhamdulillah, aku pas test tu. So pas ni leh la aku bawak kete plak.He3.
So…itu saja kot wat mase nih. Bile2 nanti kalau ade mase aku tulih lagik.
Pergh…kene tulis balik. Penat2 aku tulis panjang2 tibe2 comp kat system lab aku ni buat hal plak. Isk3.
So aku taip balik ape yang aku ingat je la.
Kire2 nye dah lama dah aku tak update blog aku ni. Sebab sejak akhir2 ni aku busy je ngan study n kerje2 kolej. Lagi2 ngan ASTANA. Kalau korang nak tahu, ASTANA ni merupakan program Hari Keluarga KTC. So leh kata macam hari terbuka KTC la. Dalam ASTANA ni aku dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Jabatan Multimedia. Tugas ni bukannye senang. Banyak gile keje aku kene buat. Dari design logo ASTANA, ke design t-shirt untuk ASTANA hinggalah kene buat 3 montaj untuk ASTANA ni. Tapi nasib baik la minggu lepas aku dah dapat AJK bagi jabatan aku ni. So ringan sikit la keje aku ni hah.
Btw tadi mase aku buka je site aku ni, aku tengok aku ade 200 lebih comments. Terkejut gile aku. Check punye check, rupe2nye tu semua SPAM. Jenuh aku men’delete nye tadi… Ish3.
Hmm…aku rase tu je kot tuk skang ni. Dah tak tahu n tak ingat dah ape yang aku taip panjang2 tadi. Till then…