First Nite kat S34

Ni merupakan malam pertama aku tido kat bilik baru aku kat S34 tu. Penat seh aku mengemas barang-barang aku tu. Banyak gak la yang nak kene kemas. Bukan barang-barang aku je. Barang member-member aku pun ada jugak. Dorang tumpangkan barang dorang kat aku coz blok aku ni takyah nak kene kosongkan bile cuti semester. He3. Tu merupakan salah satu kelebihan la kalau duk kat blok nih. 🙂

Hmm…bilik ni kecik la. Soket plak ada satu je. Kalau nak dibandingkan dengan bilik aku kat blok S42 tu, best lagi dok sana. Dah la soketa ada 4 sorang satu. Sini ada satu je. Ish3. Meja die pulak kecik. CPU aku terpaksa letak kat bawah meja. Nak letak kat atas tak sampai la plak wayar kabel nih. Susah… Susah… Hmm…kalau la aku leh angkut meja aku yang dulu tu ke blok nih kan bagus. Hu3.

Dah pindah nih aku baru la aku rasa nak mula siapkan keje-keje aku yang tak siap-siap tu. Keje siapkan design tuk majalah kolej. Dah seminggu lebih. Tapi keje yang siap punya la sikit. Baru 30%-40% je kot aku rasa. Sebenarnye, memang aku dah plan dah nak siapkan segala keje ni pas dah pindah ni. Skang aku dah pindah, so kene la siapkan!!!

Dan aku ada satu soalan yang aku masih tak dapat nak jawab. Bile keje ni dah siap, bila aku nak balik rumah plak? Erm…tak terpikir lagi… He3.