Nak Pindah Dah… Bye2!

Hari ni aku dah start packing and kemas bilik aku tu coz esok aku dah nak pindah semua barang-barang aku ke blok S34. Hu3. Habis satu petang aku duk kemas-kemas barang-barang nih. Berhabuk satu bilik aku nih. Takpe la… Mase cuti ni nanti akan ada orang tolong bersihkan gak bilik tu. He3. So aku tolong-tolong la menyepahkan sedikit sebanyak bilik aku tu. Takde la sepah sangat. Aku ni bukan seorang yang kejam tau. Muhahaha…

Erm…banyak seh kenangan aku dalam bilik S42-213 nih. Semua tu akan menjadi kenangan yang akan aku bawa dalam hidup aku. Thanks kat roomate aku, Dzul coz banyak menolong aku selama setahun nih. Heh! Aku rasa dia la roomate aku yang paling best yang pernah aku ada. Tapi bila aku dah kahwin nanti, isteri aku la “roomate” yang paaaaallllliiiinnnggg best sekali dalam hidup aku. Kau dah turun takhta dah waktu tu, Dzul woi… Hak3. Pepehal pun kau akan jadi ranking no. 2 gak. Top 3 gak tu. So don’t worry la… :p

Dzul ni kalau korang nak tau, die merupakan orang yang first aku tegur masa kitorang jumpe kat Good Hope Hotel. Mase tu kitorang jumpe pun sebab kitorang sama-sama duduk kat hotel tu untuk pendaftaran masa forecast dulu-dulu. Tak sangka lak bile tahun 2 ni aku jadi roomate die. He3. Erm…mesti korang nak tahu sape la Dzul ni. Meh sini, click kat link nih: Dzul’s Profile. Tu la roomate aku kalau korang nak tahu. Tapi die skang dah jadi ex-roomate aku dah. Macam-macam la kenangan antara aku ngan dia. Sama-sama berkongsi cerita dan masalah. Siap kitorang buat open room lagi sempena Hari Raya yang lepas. He3. Habis kuih-kuih raya kitorang budak-budak ni sebat. Tapi…Aiman tak kisah… Hu3.

Teringat aku masa mula-mula dapat bilik kat S42 tu. Tengok dari luar, nampak cam buruk. Tapi bila dah masuk dalam. Mak aih, almari, meja and katil semuanye baru. Tak sangka lak aku masa tu. Dah la baru, bilik die besar lak tu. Happy sungguh kitorang semua bila dapat tengok bilik yang sebesar itu. Nak ditambah cerita lagi, soket kat bilik ni ada 4. Mana nak carik kat KTC ni bilik yang soket die ada 4. Bilik yang aku nak pindah nanti pun ada satu je. Hu3. Pepehal pun bilik ni memang best. Mantap. Pemandangan yang indah bile bukak pintu belakang. Sejuk mata memandang bile pandang hutan belakang bilik aku tu. Tapi bukan hutan sangat pun. Semak belukar je…

Hmm…sampai di situ saja lah yang aku nak cite kat korang semua. Nak sambung mengemas balik nih. He3. Later…

Comments

  1. ble nak abis study nyer?