Nak cite pasal Bujang Senang

Dah lama aku tak tulis dalam BI. Hu3. Takde mood r nak tulis dalam BI tu. Takde idea. Ni pun aku just tulis je ape yang aku rase nak tulis.

Aku baru je balik dari JJ (Jaya Jusco) ni. Gi beli hadiah untuk En Rahim, Pembantu Asrama (PA) kolej kitorang Kolej Tuanku Canselor. Beliau dah ditukarkan ke kolej lain pada 1hb April haritu. Bukan April fool tau. :d So skang ni kolej kitorangnye PA telah digantikan dengan orang lain. Aku tak tau sape nama PA baru kitorang tu. Hadiah tu aku beli simple-simple je. Chop! Aku beli ni coz aku diminta tolong untuk belikan hadiah sebagai tanda terima kasih dari pihak Jawatankuasa Kolej Mahasiswa kolej aku. Bukannye aku beli sebab hal peribadi eh.

Btw hari Sabtu hari tu (1 April 2006) aku gi tengok wayang cite Bujang Senang kat City Square kat JB. Nak tau tak ape yang menarik time tu? Artis-artis cite Bujang Senang ade time tu. He3. Saiful Apek, Fasha and Yasin pun ade. Dorang punye pengarah pun ade gak, A Razak Moheidin (betul ke tak aku eja ni). Best weh bile jumpe dorang secara dekat. Ramai gile orang time tu. Habis penuh orang kat depan Mega Pavillion tu. Aku gi tengok cite tu ngan 2 orang kawan aku, Yazid and Wani. Wani sorang je perempuan. He3. Sebenarnye, plan nak kuar gi jenjalan tu merupakan idea Wani and aku. Kitorang saja2 je nak kuar nak release tension pas penat study tuk 3 test pada minggu tu. Alang-alang tu aku ajak r Yazid tuk gi skali. Die pun tension gak. Kau tension ape Yazid? :p

Tapi kan cite tu memang best. Penuh ngan gelak ketawa mase dalam pawagam tu. Apek r buat banyak lawak. Starting cite je dah buat riuh-rendah. Semua orang ketawa. Kalau orang tu tak ketawa maksudnye die tido or tak dengar r tu. Heh! Tapi memang best r. Aku kalau ade cite yang Apek berlakon je, mesti aku gi tengok. Dulu pun cite Anak Mami Kembali pun aku tengok kat CS. Tak puas tengok kat wayang, aku gi beli plak CD cite die. Ni pun cite Bujang Senang ni pun kalau dah kuar cite die kat CD, mesti aku gi beli nyer. Saje nak buat koleksi. He3.

Eh? Panjang plak aku tulis ni. Tu la orang cakap, kalau takde idea, tulis je ape-ape. Then nanti penuh idea-idea datang. Sampai tak tertulis nanti. Sebelum aku akhiri post aku ni, aku nak tunjuk r kat korang semua gambar artis-artis Bujang Senang yang aku tangkap gune anset mase aku nak masuk pawagam tu.

ps: Sorry quality gambar kurang memuaskan coz aku tangkap gune kamera anset aku.