Going back to UTM

Hari ni aku akan balik ke UTM. Dah habis dah cuti mid sem. Hu3. Bas aku akan bertolak pada pukul 12.00 tengah hari di Puduraya. Harap-harap bas aku tak terlewat macam dulu. Dulu bas aku lewat sampai sejam. Jenuh aku tunggu kat Puduraya tu. Dah la aku pergi sana awal coz aku gi naik bas. Kalau gi ngan bas awam nih, kene gi awal coz takut bas tu round2 KL sampai berjam. Tak pasal-pasal aku tertinggal bas plak nanti. Tapi esok ni, ayah aku yang akan hantar aku gi Pudu. So, leh la gi lewat sikit. He3. :d

Hmm…tak sabar nak balik UTM coz bosan r duk kat umah nih. Nak gi jenjalan takleh coz takde moto. Kalau ade moto, leh la gak aku merayau kat KL tu. Gi tengok wayang ke, gi main bowling ke, ape ke. Terisi la jugak masa cuti nih. Tapi…banyak assignment yang aku tak siapkan lagi… Urgh… Assignment Kaedah Berangka tak siap lagi. Tutorial Data Struktur tak buat ape2 lagi. Mati aku balik UTM ni, nak kene siapkan semua bende2 tu. :((

Aku ingat bile aku cuti lagi, aku nak update site aku nih. Plan ingat nak bagi free subdomain kepada sesapa yang berminat dalam dalam membangunkan laman web nih. Aku tertarik bile tengok site Winterwish ngan site Aisyah. Dorang berdua bagi free subdomain kepada sesapa yang berminat tapi dengan syarat r. Aku pun ingat nak buat macam tu. Tapi lum pikir masak-masak lagi. Atau dalam bahasa coursemate aku, “think cook-cook”. Hak3. Tengok ah bile aku rase aku ready nak bagi free hosting, aku akan wat announcement r. :)>-

Alhamdulillah, setakat ni bisnes penjualan prepaid aku berjalan dengan baik sekali. So, kepada sesapa yang berminat untuk menjadi sebagai ajen prepaid, boleh la bagitau aku. Cube gi kat page ni: Prepaid Agent. Aku ada letakkan no phone aku sekali incase kalau aku tak dapat nak online and balas e-mail. Lagi pun kalau gune phone lagi cepat. Kalau ade ape-ape yang tak paham, just SMS or call me. Aku akan layannye… Don’t worry. 🙂

Petang tadi aku ingat nak tukar Shoutbox tu ngan shoutbox lain. Aku tengok shoutbox kat site Azmie, Winterwish, Gie and beberapa bloggers lain, cam lawa jek. Tapi bile aku implementkan ke site aku, tak jadi plak bende tu. Ada prob kat form. Tengok r nanti, bile2 aku ada masa aku usha balik coding die.

Tadi pun aku ingat nak buat topsites macam Top WordPress, tapi bukan macam Top WordPress r. Aku nak buat lain sikit. Tapi lepas tanya Aman pasal bandwidth, terus tak jadi nak buat. Die cakap bandwitdh akan exceeded dengan cepat. Tak jadi r nak buat bende tu. Tak pasal-pasal website aku kene suspended plak pertengahan bulan Febuari nih.

Erm…sebut pasal Febuari ni, teringat plak aku pada besday aku. He3. :d Hmm…dah masuk 19 tahun dah aku ni. Dah tua dah. Tahun depan plak, akan masuk pulak arena 20-an. Lagi la tua aku nanti. Hu3. And lagi 2 tahun lagi, insyaallah aku akan menamatkan pengajian aku kat UTM tu. Harap-harap aku dapat r keluar dengan keputusan yang cemerlang. Nak dapat 1st class tu…, memang harapan r. Tapi untuk dapat 2nd class upper tu, insyaallah boleh. Heh!

Hmm…tak tahu dah nak cakap ape. Mata pun dah ngantuk dah. Pagi tadi aku bangun awal. Padahal malam sebelum tu aku tido lambat. Hu3. Entah kenapa tah beria-ia nak bangun awal. Hek3. Erm…k la, dah panjang plak aku karang nih. Nanti bile aku online kat UTM ni, aku akan update blog aku nih. Till then…

Comments

  1. :d aku balik UTM terus dapat selsema..
    demam:((:((
    sakit kepala….:(:(

  2. Ho3. Siannye die… :d