Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha!!! :d

Terlambat plak nak wish semalam coz busy nak siapkan persembahan multimedia Kem Pembentukan JKM ngan montaj pengenalan JKM 2006. Malam sebelum tu aku tido kul 4 lebih coz nak siapkan kedua2 multimedia tu. Ingat sempat siap. Alih2 tak sempat gak coz aku tertido… Hu3. Petang pas habis korban, aku struggle siapkan…

Kolej aku pun ade gak buat sambutan korban. Tumbang seekor lembu. Pagi pas sembahyang raya, kitorang budak2 lelaki turun gi S01 nak tolong tumbangkan lembu tu. Besar gak r lembu tu. Punya la jenuh kitorang nak jatuhkan die. Berapa banyak dah tali yang putu. Tapi nasib baik, tali yang ikat kat leher die tu tak putus. Kalau putus, tak tahu la kitorang. Semua bertempiaran lari lintang pukang. He3.

Harapkan je ramai yang turun. Tapi yang tolong “jinak”kan lembu tu, berapa belas orang je. Termasuk la aku yang gi just tolong menengok je. :d Tapi aku ade gak la tolong sikit. Tolong pegang tali yang ikat kat kaki lembu tu. Ho3.

Pada malam tu, kat kolej aku ade jamuan makan ngan tayangan slide multimedia yang aku buat tu. Kekenyangan kitorang semua ngan Nasi Beriyani berlaukkan daging korban tu. Sedap… Aku makan ngan roomate aku la & ngan 2 orang lagi kawan aku. Kitorang makan dalam talam. Habis setalam, kitorang tambah lagi. Tapi takde la tambah setalam nasi, tak larat weh… Just tambah nasi 2 pinggan je… 😀

Comments

  1. tak ajak pon….KRP punyer ler save…dah laa yuran kolej mahal,duit2 tu sumer abis kat JKM laa…tak patut gak…buat laa korban ke,baru laa tak terase duit yuran kolej tu…sem depan nak pindah kolej 11 plak…dengar kate sane murah… :d

  2. lembu tuh buat masak ape..hurm…best x?klu xleh nk makan pon hulur2 laa gambar pon xpe..

  3. gie wrote:
    tak ajak pon….KRP punyer ler save…dah laa yuran kolej mahal,duit2 tu sumer abis kat JKM laa…tak patut gak…buat laa korban ke,baru laa tak terase duit yuran kolej tu…sem depan nak pindah kolej 11 plak…dengar kate sane murah… :d

    He3. Lupe lak nak ajak. Ala… Hak3. Baik kau poindah KTC. Btw kau amik course ape ek?

    flowerbunkus wrote:
    lembu tuh buat masak ape..hurm…best x?klu xleh nk makan pon hulur2 laa gambar pon xpe..

    Sedap gak r. Habis setalam kitorang makan. Gambar takde lagik r. Aku pun tengah cari siapa yang ada gambar time raya hari tu. Nanti bile dah ade, aku update.

  4. amik kos landscape architecture…huhuhu….jauh tak dari kodng2 web nie :-“

  5. Memang jauh pun… Hu3.
    Tapi tak kisah la… Yang penting minat…
    Weh, kau selalu update website kau kat mana?

  6. tgk keadaan…kalo setakat update post,kat studio aku ble update…internet ade,tapi,kelajuan dia tak ble nak acess ftp client…salu nak tukar theme or pasang plugin,aku pegi PSZ…main kat depan tu,salu tgh2 malam laa…sane laju…huhuh

  7. Aku selalu update kat CC kat KTC je. :d

  8. kat cc kene bayar laaa…huhuhu…pokai laa ari2 kene gie cc..:d

  9. Aku update pun skang ni seminggu sekali jek. Aku selalu gune sejam je r. So kene la bayar RM1.50