Hmm…hari ni aku redesign balik website aku nih. Penat gak r sebab gune Notepad. Macam2 code aku pakai. Ish3. Tapi puas hati la.
Semua blog yang telah aku buat aku edit masuk dalam blog aku nih. Blog buat sendiri. Boleh la sikit. Sebelum nih aku buat blog kat www.blogger.com Tapi rase, lebih baik aku buat kat website aku sendiri. Ada gak r kerje aku nak buat bile duk umah ni. Satu malam aku buat bende nih.
Hmm…tak tahu nak tulis ape lagi. Next time plak.
Hu3. Hari ni kredit aku expired. Tak dapat nak mesej or reply miss call dah.
Start malam nih, anset aku jadi sunyi sepi… Isk3. Tak tahu lagi bile la aku nak topup nih.
Btw aku rase tak best pakai Opera. pas gune satu hari, aku terus uninstall. Banyak website yang tak support Opera. Banyak sangat problem.
Ni aku nak tulis blog ni pun kene gune Firefox. Aku rase Firefox lagi best. Takde popup and adds. Dah la free download.
Hmm…kalau sape2 yang nak try firefox tu, click kat link bawah ni:

Aku baru je download Opera 8 hari nih. Ok r. Laju gak r bile aku surf internet nih.
Tapi die ade banyak gak r problem. Some website tak support Opera nih. Macam website aku tuh, table semuanye lari. Ade gak yang site tu Opera tak dapat nak support javascript die. Isk3. Harap2 Opera dapat baiki la. Tu je.
Incase korang nak download Opera, ni link die:

Hmm…hari nih tak tahu nak buat ape. Aku just duk umah, online, tengoj tv and tido. Tu je la kehidupan aku sehari2. Tak tahu nak buat ape. Dah la kredit hp dah nak expired 18hb nih. Duit plak takde nak topup. Hmm…cikgu Shahrali plak nak kahwin 29hb nih. Habis lagi duit aku. Kem JKM plak 16hb Jun nih. Kopak lagi duit aku. Hu3. Masalah kewangan betul aku nih.
Aku minat gak r dengar lagu2 nih. Tapi aku suke dengar lagu Melayu r. Lagu yang aku paling minat skali:
- Bunga Angkasa - Terrarossa
- Jauh Di Sudut Hati - Sudirman
- Kau Pergi Jua - Adam Ahmad
- Mahligaimu Dari Airmata Ku - Lestari
Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu
Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu
Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku
Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama
Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa
Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku
Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi
Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali
Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula
Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku
Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku
Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali…
Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi
Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya
Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang
Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku
Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah
Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku
Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang…
Well…this is my first blog that I created on 13th May 2005. Still new and don’t know how to use it. I will add up some more contents here. Till then…
Thank you!