Kem Pembentukan JKM 2006

Dah lama aku nak tulis pasal kem ni tapi asyik busy je. So ni aku nak cite la pasal Kem Pembentukan JKM yang aku pergi pada 10 hingga 15 Disember 2005. Aku cite start dari mula eh.

Aku balik UTM hari Jumaat (9/12/2005). Saje je balik awal. Lepak2 dulu. Then esok baru gi daftar kem. Aku terkejut gile time tu coz tak ramai yang gi kem. Kat dalam buku program tu punya la ramai peserta. Seramai 70 orang kesemuanya. 35 lelaki, 35 perempuan. Tapi…yang datang alahai… Yang datang cume 26 orang je. 10 Lelaki dan 16 perempuan. Memang tak terasa macam kem r. Kem pembentukan sebelum ni ramai gak r. 60 orang. Kali ni just 26 orang je. Separuh pun tak sama.

Kem ni bermula kat UTM. Kitorang jalankan aktiviti kat UTM selama 2 hari. Biasa r. First nite tu, dah kene “turning-over”. Tapi seriously aku cakap, turning-over ni tak berapa jadi sangat coz yang conduct nye Abang Mirzan. Tapi ada gak la memberi sedikit sebanyak impak kepada peserta2 kem. Tapi kalau kem yang dulu, pergh! Memang teruk kene. Habis semua budak kene sound. Time kem dulu Abang Fadhil yang conduct. Tapi skang die dah takde sebab die dah grade. Tu pasal Abang Mirzan yang conduct.

Tapi kan, pada mula2 nye kitorang tak tahu sape la yang bakal jadi pengerusi JKM kitorang coz di antara kitorang ni, takde satu pun yang kitorang rase dapat jadi pengerusi bagi kolej kitorang nanti. Kalau takde calon, LEADECK akan memegang jawatan sebagai pengerusi tu. Kitorang kalau boleh taknak r LEADECK pegang pengerusi coz banyak masalah yang akan timbul nanti. Tapi…nasib baik la Abang Munir gi kem tu. Tu pun die datang lewat. Mase hari Ahad malam baru die datang. Phew! Akhirnya ada gak la calon yang kitorang dapat undi/pilih sebagai pengerusi kitorang. Kitorang semua mengharapkan die coz die la sorang2 nye bekas ahli Majlis Eksekutif JKM yang tak jadi LEADECK. Dulu dalam JKM die Timbalan Pengerusi 2. So kitorang semua sepakat untuk undi die sebagai pengerusi JKM nanti.

Pas 2 hari kitorang kat UTM, bermula la pulak perjalanan kitorang ke Pusat Latihan dan Rekreasi FELCRA, Tebing Tinggi, Segamat Johor. Kitorang bertolak hari Isnin tengahari. Sampai sana dalam kul 3 lebih. Best gak r tempat tu. Penginapan ber”air-cond” dan makanan die pun sedap2 berlaka. Memang berpatutan r ngan bayaran yang dikenakan. Sampai2 je petang tu kitorang dah start lakukan aktiviti. Nak tau aktiviti ape? He3. Aktiviti High-Rope, Flying Fox and River Crossing. Memang…best! Bukan senang nak buat aktiviti macam ni. Aku tak pernah naik High-Rope. So, tu merupakan first time aku. Kalau macam Flying Fox and River Crossing tu. Aku dah banyak kali dah pernah buat. Cume jarang r.

Kebanyakkan aktiviti semasa kat FELCRA, ok r. Tapi banyak aktiviti indoor. Banyak kepada LDK. Tetapi ada gak r aktiviti outdoor. Berkejar sana-sini nak siapkan tugasan yang diberi. Antara aktiviti outdoor yang best aku rasa ialah… erm… aku lupe r ape nama aktiviti die tu. Tapi best r. Kitorang kene cari bahan2 untuk dibuat ubat. Ubat tu digunakan untuk mengubat “rakyat” kitorang yang ada penyakit aneh. So berlari2 r kitorang untuk pergi ke check-point2 untuk mendapatkan bahan ubat tu. Tapi nak dapatkan bahan tu kene plak buat tugasan yang diberi. Salah satu tugasan yang kumpulan aku kene, gune kan segala apa yang ada kat padang rumput tu untuk baling telur supaya tak pecah. Kalau telur tu tak pecah, kitorang boleh jadikan telur itu sebagai ubat. Kalau pecah, habis la mati “rakyat” kitorang sebab tak dapat nak buat ubat. Macam tu la lebih kurang aktiviti nye.

Kalau aktiviti indoor plak, aku rase aktiviti yang best ialah semasa mengundi r. Hak3. Payah gak kitorang nak pilih sape yang layak jadi JKM nih. Walaupun kitorang ni sikit and kerusi yang dipertaruhkan adalah banyak, tapi kitorang kene pilih orang yang betul2 berkelayakan dan dapat memimpin kolej kitorang nanti. So bende nih tak leh buat main2. Lagipun undi adalah rahsia. Tapi yang sure nye kitorang akan pilih Abang Munir sebagai pengerusi kitorang.

Kitorang balik semual ke UTM hari Rabu kul 12 lebih. Sebelum balik kitorang sempat bergambar kenang-kenangan. Ye la, bukannye selalu pergi tempat tu. So banyak gak r gambar yang ditangkap. Kitorang sampai semula kat UTM dalam kul 4 lebih. Sampai2 je kitorang dak laki jenuh pikir nak buat persembahan apa untuk Malam Perlantikan tu nanti. Dah la depan Pengetua. Penat tak habis lagi, dah kene struggle pikir nak buat persembahan apa. Alih2, kitorang plan untuk nyanyi nasyid and berlakon macam dalam iklan. Nak tau iklan ape yang kitorang nak tiru tu? First iklan pasal Malaysian Idol yang pasal orang jual buah Manggo tu. 2nd, kitorang berlakon pasal iklan balik kampung and yang last skali iklan pasal sikap penumpang yang tak berbudi bahasa dalam LRT tu. Ala yang pelakon di si pengkritik Akademi Fantasia tu, Adlin Aman Ramli. Hak3. Tapi kan…kitorang tak jadi berlakon. Kitorang sempat nyanyi nasyid je. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca… Heh!

So pada malam tu, Rabu 14/12/2005, kitorang semua berdebar-debar sapa la yang akan menjadi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor 2006. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, then disambung pula dengan ucapan penutup kem dari ayahanda pengetua, Dr Yahya Bin Buntat. Then acara makan. Kalau ikut plan, kitorang nak buat persembahan selepas pelantikan. Tapi tiba2 kitorang kene buat persembahan masa makan. Depan2 pengetua plak tu. Kitorang kalau boleh taknak r berlakon depan pengetua coz…lakonan kitorang tu memang tak sesuai r untuk ditayang pada pengetua. So kitorang just nyanyi nasyid je.

Selepas habis nasyid, MC buat pengumuman untuk watikah perlantikan JKM. Semua nye dup-dap, dup-dap. Cuak beb… Dimulakan dengan pengerusi JKM, pengetua menyebut nama Syed Munir Bin Syed Musa sebagai pengerusi JKM KTC 2006. Kitorang semua bertepuk tangan. Orang yang kitorang harap2kan akhirnya dapat jadi pengerusi.Then, satu persatu jawatan dan nama pemegang jawatan disebut. Dan aku alhamdulillah telah dilantik sebagai Ketua Biro Teknologi. Hmm…satu jawatan yang aku harap aku dapat bawak and handle. Bukan senang nak jadi pemimpin ni. Lagi2 kite memimpin kolej. Kolej bukanlah suatu kelompok yang kecil, tapi besar. Papepun aku harap aku dapat membangun, membantu dan memimpin kolej dalam bahagian teknologi.Majlis perlantikan tu diakhiri dengan suasana yang penuh beremosi. Ada la cite die. Cite ni takleh la aku nak cakap coz ni melibatkan perasaan orang dan organisasi JKM tu sendiri. Malam tu kitorang tidur lambat coz ada post-mortem kem bersama LEADECK. Kul berapa baru kitorang balik bilik. Kul 3 lebih baru habis post-mortem. Habis semua isu dan perkara2 dibangkitkan dalam post-mortem tu, walaupun kitorang semua penat.

Pada keesokan harinya, ada plak perjumpaan JKM 2006 dengan LEADECK. Ni merupakan perjumpaan/meeting yang berbincang pasal masalah antara pihak LEADECK dengan JKM. Lagi sekali, pelbagai masalah dan isu kitorang bangkitkan. Dan akhir sekali, semuanye terima dan memohon maaf atas segala apa yang berlaku antara LEADECK dengan JKM sesi lepas.

So, sampai situ saje la “laporan” aku tuk kem kali ni. Nanti bile aku dah dapat gambar semasa kem tu nanti, aku akan update and post gambar2 tu. Sebenarnye banyak lagi aku nak tulis. Kalau boleh nak tulis tu mengikut hari. Tapi banyak sangat. Terpaksa la aku shortkan jadi macam ni.

Skang ni aku dah takleh nak memain dah. Aku skang ni bukan macam dulu. Aku skang ade tanggungjawab. So terpaksa mengubah attitude aku. Diharap dapat beri kerjasama dalam organisasi JKM dan dapat memimpin kolej sepertimana yang diharapkan oleh warga kolej. Kalau salah tolong tunjuk ajarkan dan kalau silap tolong lah tegurkan. Sampai sini saja… Chiow…

Related post:
Leave for Awhile
Cite Pasal Kem JKM

Comments

  1. ko dok kolej mana?

  2. Aku duk Kolej Tuanku Canselor, UTM. :)>-