Leave For Awhile

Esok aku akan balik ke UTM coz aku ada Kem Pembentukan JKM (Jawatankuasa Kolej Mahasiswa) kolej aku selama 5 hari (10-15 November 2005). Kem ni anjuran Leadership Development Committe of Kolej Tuanku Canselor (LEADECK). LEADECK ni merupakan bekas2 JKM kolej aku. So dorang ni mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu kepimpinan yang dorang ingin berkongsi disamping membentuk organisasi JKM baru yang lebih baik dan mantap. (Kalau pasal kepimpinan ni, kitorang selalu menggunakan perkataan “mantap”. Tak tahu kenapa. He3.)

Hurm…kalau dah pergi kem, so tak dapat la aku nak online and update blog aku macam biasa. Mesti aku rindu ngan website aku nih. Rindu ngan komputer aku. Rindu ngan keyboard aku. Semuanye aku rindu. Isk3. Bas aku bertolak pukul 12 tengahari esok. Ye aku tahu, aku terpaksa skip Jumaat aku. Nak buat macam mana, time tu je yang ada lagipun. Esok aku terpaksa keluar awal dari rumah sebab takut bas nak gi Pudu takde. Lagipun perjalanan bas dari rumah aku ke Pudu tu lama. Padahal tak r jauh sangat pun rumah aku ngan Pudu tu. Kota Damansara ngan Pudu. Kalau naik kereta, ada la dalam 15-30 minit. Cume bas tu r dok melencong merata-rata. Masuk taman, keluar taman. Masuk pekan, keluar pekan. Boleh kata dekat 2 jam gak r aku akan duduk dalam bas esok. Nak mintak tolong ayah aku hantarkan, die keje plak. Lagipun tak macho r, dah besar2 pun nak mintak tolong mak bapak. Aku kene la berdikari sikit. Dah la nak pergi Pudu duduk dalam bas nak dekat 2 jam. Nak gi JB, mau nye 3-4 jam aku duduk dalam as Transasional tu. Urgh! Penuh dengan ke’duduk’an aku esok.

Kem yang aku nak pergi tu akan bermula hari Sabtu ni, 10 haribulan. Tapi aku saje gi awal coz nak amik balik suasana kampus sebelum bermulanya kem. Ye la, dah dekat 3 minggu aku duk kat rumah. So, terpaksa la menjiwai semula suasana kampus yang telah “lama” aku tinggalkan. Hmm…seperti yang dinyatakan dalam surat bertarikh 25 November itu, kem tu akan diadakan di dua tempat. First kitorang bermula di UTM. Pastu kitorang akan pergi pulak ke Pusat Latihan Dan Rekreasi, Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Aku tak pernah pergi lagi situ. Harap2 best r. Sebelum ni, aku dah pernah dah pergi Kem Pembentukan. Tapi yang tu 3 hari je dorang buat coz time tu dorang buat mase semester. Bukan macam sekarang ni. Yang sekarang ni dorang buat mase cuti semester. Thats why leh buat sampai 5 hari tu. Dah semestinye ada “ragging”. Kalau tak “ragging”, bukan kem nama nye kan?

Apa2 pun, aku harap aku dapat menimba sebanyak mana ilmu dalam bidang kepimpinan ni. Bukan sekadar mendapat sijil malah dapat mengaplikasikan setiap apa yang aku pelajari semasa kem tu, dalam hidup aku. Pada semester lepas, aku telah pegang jawatan sebagai Exco Pembangunan Teknologi Maklumat (ITD). Dan insyallah, kalau ada rezeki, berkemungkinan aku akan memegang lagi salah satu jawatan dalam JKM.

Hmm…aku rasa sampai di sini saja lah karangan aku. Semoga jumpa lagi bile aku balik dari nanti…

Comments

  1. Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor

    erm.. tempat ni sangat famous.. masa aku belajar kat segamat dulu…

    semua seminar pun nak buat kat situ..

    heh..

    apa pun.. jgn lupa bawak camera.. tapi pastikan jgn sampai kena curi camera tu.. huuuu..

  2. huhu..ade jugak tmpt yg best kt kedah..
    huh..gunung jerai laa beb

  3. ikoko wrote:

    erm.. tempat ni sangat famous.. masa aku belajar kat segamat dulu