Minor changes to CypherWP Theme v1

Disebabkan takde ape nak buat, so petang tadi aku pun saja2 la design graphic untuk title2 bagi sidebar ngan navigation links kat atas tu.
What do you think? He3. 😀
Aku dapat idea ni pun dari website saudara Syaiful sebenarnya. Nampak cam lawa plak kalau buat macam tu. Then aku pun try la buat. Pas siap semua, puas hati gak la…

Pada mulanya, aku buat semua image tu dalam format .png Bile open gune browser Firefox ok je. Tapi bile open gune Internet Explorer, transparent yang aku buat tu tak jadi. Then, terpaksa la aku save balik dalam format .gif Tak tahu kenapa Internet Explorer tak support .png Mungkin kene setting dari CSS aku kot. Tak tahu la. Aku bukan reti sangat ngan CSS ni. He3.

Selain tu, aku ade gak r buat tag nama tuk nama aku tu, CypherHackz. Cool tak? Heh! So, tiap kali aku post, takkan ade lagi perkataan post by Administrator tapi dah ditukar ngan icon CypherHackz (kat atas sebelah kanan setiap post).

Btw rancangan untuk buat CypherWP Theme v2 masih takde ape2 perkembangan lagi. Skang ni pun tengah cari mana2 theme yang sedia ade untuk mendapatkan idea. Erm…minggu depan plak aku akan pergi Kem Pembentukan JKM kolej aku. So, tak dapat la aku nak online pada mase tu. Seminggu aku akan kesepian tanpa komputer. Isk3. 🙁