What Is A Friend?

(A)ccepts u as u are
(B)elieves in “u”
(C)alls u just to say “HI”
(D)oesn’t give up on u !!
(E)nvisions the whole of u
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps u
(I)nvites u over
(J)ust “be” with u
(K)eeps u close at heart
(L)oves u for who u are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffers support
(P)icks u up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits
(S)ays nice things about u
(T)ells u the truth when u need to hear it
(U)nderstands u
(V)alues u
(W)alks beside u
(X)-plains thing udon’t understand
(Y)ells when u won’t listen and
(Z)aps u back to reality

Comments

  1. Ibadah solat – Bekalan hidup abadi

    Oleh KALAM MAS

    CAHAYA daripada pelita minyak tanah menyinari ruang tamu. Bau jelaganya sesekali menusuk hidung. Sekawan kelkatu mula bermain-main di sekelilingnya, mungkin malam ini hujan turun. Sesekali angin menerjah masuk melalui lubang angin. Jam antik milik tuk ayah berdenting lapan kali. Selepas selesai mengaji al-Quran, tuk ayah mengambil masa untuk berpesan kepada cucunya, “Afif, satu ketika selepas dibangunkan dari kubur, kita akan disoal tentang solat.

    Seseorang yang tidak meninggalkan solat masa hidupnya, pasti mendapat balasan yang baik. Allah tidak akan menganiaya seorang hamba yang sanggup merendah diri kepada-Nya di dunia. Di sana kita akan hidup kekal, penuh keseronokan dan kenikmatan yang tidak pernah kita alami. Macam-macam ada cu. Tuk ayah menghela nafas panjang dan menyambung bicaranya dengan perlahan, “Orang yang ingkar akan berada di neraka buat selama-lamanya cu.” Ayat akhir membuat hati tuk ayah sebak.

    Cucu merenung setiap patah yang keluar daripada bibir tuk ayahnya. Ingatan itu bagai diukir di atas permukaan hati cucu, walaupun kini hampir 50 tahun detik itu berlalu. Dalam dirinya ia berjanji akan mengotakan nasihat itu, sehinggalah ke saat ia dijemput kembali ke pangkuan Ilahi.

    Ramai di antara kita yang tergolong di kalangan orang yang baik budi pekertinya, namun betapa sayangnya kerana ada di antara kita yang mungkin `terlupa’ untuk menunaikan tanggungjawab dirinya terhadap Allah s.w.t. Justeru, ada kepentingannya untuk kita terus membicarakan mengenai solat, supaya kepentingan solat untuk kehidupan dunia dan akhirat dapat disedari sebaik-baiknya. Siri yang lalu menyentuh mengenai keuntungan serta kejayaan yang diperoleh melalui solat. Artikel kali ini pula ingin mengajak pembaca untuk melihat solat dari aspek kepentingannya sebagai bekalan hidup yang abadi.

    Solat berkait rapat dengan kehidupan seseorang insan. Solat mengekalkan kesedaran tentang hakikat kehidupan yang abadi. Ramai di antara kita yang beriman dengan kewujudan akhirat, tetapi kadang-kadang kita `terlena’ dan merasakan seolah-olah kehidupan itu sekadar di sini. Ada di antara kita yang masih belum bersedia sedangkan dirinya telah pun dipanggil `pulang’ ke hadrat Ilahi.

    Kehidupan itu mempunyai beberapa fasa. Al-Quran dan hadis memperingatkan bahawa perjalanan hidup ini tidak bermula dan berakhir di sini sahaja. Ibnul Qaiyim al-Jauzi dalam kitabnya, ar-Ruh membahagikan kehidupan manusia kepada empat fasa, iaitu fasa dalam kandungan, fasa dalam kehidupan dunia, fasa kehidupan barzakh dan fasa yang terakhir, iaitu syurga atau neraka selama-lamanya. Kematian seseorang tidak bermaksud berakhir segala-galanya. Ia hanyalah satu fasa dan proses dalam perjalanan hidup yang panjang. Mengenali hakikat hidup dan mengenali diri sendiri, ialah kunci untuk memperoleh kejayaan hidup yang abadi. Di antara kunci yang membantu kita untuk sentiasa mengingati hakikat ini ialah melalui solat.

    Langkah

    Diri manusia mempunyai roh, hati, akal, nafsu dan jasad. Roh mengenal yang suci, hati mengenal perasaan dan perkara seni, akal mengenal perkara yang baik dan buruk, sementara nafsu pula ialah dorongan kehendak dan mengingini sesuatu. Jasad menjadi wadah tempat menyerlahkan semua potensi ini. Apabila seseorang meninggal dunia, rohnya akan terus berkelana, sementara jasadnya akan hancur dikandung tanah. Roh tetap ada dan membawa pengalaman, perasaan, memori, serta ilmu seperti yang dirasai sekarang ini. Kematian itu suatu perpindahan keadaan, bukannya suatu kemusnahan mutlak. Amat rugi jika kita hanya mengandaikan bahawa kewujudan ini hanya kewujudan fizikal. Alangkah beruntung pula jika seseorang itu menyedari bahawa dirinya merangkumi roh, hati dan akalnya yang akan meneruskan perjalanan setelah kematian. Justeru, di antara tanggungjawab kita ialah menyediakan bekalan untuk kehidupan yang abadi itu. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri, dan ia ingat nama Tuhannya, lalu ia solat. Tetapi kamu memilih kehidupan duniawi, sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal. Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab terdahulu, (iaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa. (Al-A’la 87:14-19).

    Solat itu adalah mikraj, dalam pengertian ia membawa kita menghadap Allah s.w.t. Mulut, tangan, kaki, mata dan seluruh anggota badan tidak bergerak bebas seperti biasa, tetapi mengikut pergerakan yang dibenarkan sahaja. Dalam solat, fakulti roh dan hati diberi kebebasan. Semakin kerap kita `menghidupkan’ roh, semakin kita mampu mengatur perhubungan antara rohani dan jasad kita. Kebiasaan ini membantu memudahkan perpisahan antara roh dan jasad apabila masa perpisahan sebenar itu tiba.

    Solat mengatur bagaimana cara untuk kita menghadapi saat perpisahan yang tidak dapat dielakkan itu. Detik perpisahan itu diumpamakan seperti mengeluarkan besi yang sekian lama tertanam di dalam tanah hingga sukar untuk dikeluarkan. Oleh kerana sukar, besi itu terpaksa direntap dengan kuat juga akhirnya. Jika dilonggarkan sedikit demi sedikit, akhirnya besi itu akan tercabut dengan lembut dan mudah. Untuk lebih mudah difahami, bayangkan bagaimana kesukaran untuk mencabut gigi atau kuku yang masih kuat. Tentu susah bukan? Mu’awiyah bin Abi Sufian semasa nazak meng-gambarkannya sebagai “mengeluarkan dahan yang penuh daripada dari gumpalan kapas.” Justeru, perpisahan ini boleh dimudahkan melalui solat. Solat mendidik roh kita untuk mesra dengan Tuhan yang menyayangi kita. Allah s.w.t. sentiasa membuka pintu untuk menerima hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang. Semakin kuat kecintaan kita kepada-Nya, semakin mudah kita memahami dan mengatur perhubungan antara roh dan jasad semasa hidup dan pada saat perpisahan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku. (Al-Fajr89:27-30). Justeru, kembalikan roh dan hati yang bersih kepada-Nya di dalam solat, sebelum kita terpaksa mengembalikan roh kita pada saat perpisahan yang pasti tiba.

    Akal

    Sebagai makhluk istimewa ciptaan Tuhan, manusia diberikan akal untuk menimbang yang baik dan yang buruk serta membuat pilihan. Dengan inilah ia diberi tanggungjawab yang meletakkannya sebagai Khalifah di bumi. Khalifah ialah orang yang diberikan kepercayaan untuk menjalankan amanah dan melaksanakan perintah berdasarkan kehendak dan keredaan Allah s.w.t. (Lihat al-Baqarah 2:30; al-Ahzab 33:72; dan Prolegomena; S.M. Naquib al-Attas ms. 56). Sebagai pemimpin, kita amat memerlukan arahan yang jelas. Arahan yang jelas sebagai panduan kita memimpin adalah al-Quran, dan penjelasan kepada al-Quran adalah hadis Nabi. Bagaimana tugas yang amat berat ini dapat dijalankan sekiranya tidak ada petunjuk, landasan dan juga disiplin yang tertentu. Secara ringkas al-Quran dan hadis itulah landasan dan petunjuk, sementara rukun Islam itu kita umpamakan sebagai disiplin dan protokol tugas. Kita bukan sahaja mentadbir dunia, tetapi yang lebih penting mentadbir diri sendiri. Bagaimana kita akan mentadbir dunia, sekiranya diri sendiri pun tidak ditadbir dengan baik? Maka solat adalah satu medium mendidik kita untuk menerima arahan dan meningkatkan kualiti kita sebagai Khalifah. Kejayaan ini lambat laun akan membawa kepada kejayaan sebenar yang lebih besar, apabila tempoh bertugas di sini telah tamat.

    Solat meningkatkan kualiti diri dan memberi kemuliaan. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Sujudlah dan dekatlah (dirimu kepada Allah). (Al-‘Alaq 96:19). Nabi s.a.w. juga mengisyaratkan bahawa seseorang itu paling hampir dengan-Nya ketika ia sujud. Sujud ialah meletakkan kedudukan diri ke tahap yang paling rendah di hadapan Allah s.w.t. Sebuah hadis menyatakan, “Sesiapa yang merendahkan diri kepada Allah, akan ditinggikan (dimuliakan) oleh Allah.” Ketika kita merendahkan diri, kita diangkat ke tahap paling MULIA kerana berada paling dekat kepada-Nya. Tidakkah keadaan paling dekat dengan Pencipta dan Pemilik alam semesta ini suatu kemuliaan tertinggi yang patut kita cari? Maka solat itu membawa kita kepada kemuliaan yang paling tinggi (dekat dengan Rabbul `Alamin) berbanding kemuliaan pangkat keduniaan yang sering dipilih oleh manusia. Gelaran tertinggi seorang manusia itu ialah ketika ia layak mendapat gelaran `Abdullah’ atau hamba Allah. Justeru, tidak hairanlah jika Nabi Muhammad s.a.w. `membahasakan’ diri Baginda sebagai `hamba Allah’ walaupun Baginda seorang Rasul dan insan yang paling dikasihi Allah s.w.t.

    Mengamalkan lima rukun Islam boleh kita umpamakan seperti melangkah lima langkah. Kita andaikan lima langkah di sini seperti lima rukun Islam. Jika langkah yang pertama itu Syahadah, maka langkah kedua itu solat, ketiga, keempat dan kelima ialah puasa, zakat dan haji. Gambarannya pula ialah seperti kita sedang menaiki puncak gunung yang tinggi dan menuruni gunung di sebelah sana itu dengan lima langkah tersebut. Langkah pertama iaitu Syahadah umpama langkahan pertama dengan kaki kanan. Langkah kaki kanan selalunya bermaksud tetap dan tegas. Fasa kedua perjalanan ialah apabila bermulanya pendakian. Langkah kedua diumpamakan kepada solat. Jika langkah pertama itu kanan, maka langkah ini pastilah dengan kaki kiri. Kesusahan bermula dari sini.

    Gunung semakin tinggi dan kaki kiri tidak sekuat yang kanan, sedangkan beban terasa semakin berat. Mungkin sebab itu, solat terasa berat, dan ramai kecundang sebelum tiba ke destinasi. Jika ujian solat berjaya dihadapi, maka ujian yang lain akan menjadi mudah. Jika sudah terbiasa, yang berat pun akan terasa ringan. Inikan pula solat yang sememangnya ringan, tetapi kitalah yang tersalah ambil dalam memahami kemudahannya. Justeru, sesetengah orang merasa susah untuk melaksanakannya. Langkah ketiga iaitu kanan diumpamakan sebagai puasa. Kini kita umpama telah sampai di puncak gunung itu. Di puncak kita semakin lega, kerana telah dapat melepasi halangan. Namun ada cabarannya. Jasad kita meronta ketika dalam keadaan puasa, tetapi jiwa kita sebenarnya `berpesta’ dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada-Nya.

    Langkah

    Langkah ke empat adalah dengan kaki kiri (zakat). Kekuatan kaki kiri dalam mendaki adalah berbeza dengan kebolehan dan kekuatan kaki kiri menurun gunung. Salah kita melangkah maka kita akan terjunam ke lembah kebatilan. Langkah yang terakhir adalah langkah kanan (haji) dan di sini bermakna kita sudah sampai di kaki gunung sebelah sana. Maka ini bermaksud kita berjaya melengkapkan rukun Islam kita setelah mengharungi lima langkah yang menguji janji kita kepada Allah s.w.t. Langkah kedua atau rukun Islam yang kedua adalah paling susah bagi kebanyakan orang. Jarang sekali seseorang yang terbiasa solat akan meninggalkan rukun Islam yang lain. Jadi kuncinya terletak kepada kejayaan mengekalkan solat.

    Solat itu sebenarnya mudah. Jika satu solat hanya lima minit, kita hanya menghabiskan masa 25 minit sahaja dari 1440 minit, atau hanya beberapa peratus masa sahaja dalam sehari. Bukankah masa yang dihabiskan untuk makan, menonton TV, bersembang dan berbelanja kerap kali lebih lama. Selain itu, solat ialah perbuatan yang diisi dengan bacaan. Bagi seseorang yang ingin memecahkan tembok keberatan untuk solat, ia wajar mengetahui bahawa bacaan yang wajib ialah Takbir permulaan, al-Fatihah, Tahiyat akhir dan Salam yang pertama sahaja. Jika sekian lama kita meninggalkan solat, ada baiknya difikirkan betapa banyak kita kerugian kerana meninggalkan perkara yang mudah ini. Jika di dunia kita rugi, di akhirat kita jauh lebih rugi. Apalah sangat kepenatan dan malas, jika dibandingkan dengan Syurga Allah yang tidak ternilai itu? Selalu alasan yang diberikan ialah malas, tetapi yang sebenarnya ialah perasaan berat hati. Di antara sebabnya ialah kerana tidak dibiasakan sejak kecil. Mungkin inilah sebab al-Quran dan Rasulullah s.a.w. sendiri memberatkan perkara solat sehingga dianjurkan ibu bapa mendisiplinkan anak yang tidak mahu bersolat. Kadangkala suasana persekitaran menarik kita untuk meninggalkan solat, walaupun pada mulanya seseorang itu amat mengambil berat tentang solat. Justeru, pendidikan solat sejak kecil amat penting. Berlanjutan sehingga dewasa, dibimbangi rebung telah menjadi buluh, nasi telah menjadi kerak, maka ketika itu susah lagi untuk berpatah balik.

    Kanak-kanak tidak suka kepada sesuatu yang tidak menyeronokkan. Begitu juga seorang dewasa, ia tidak ubah seperti kanak-kanak dari segi kejiwaan. Jika anak-anak didekatkan melalui cara pemberian sesuatu yang menggembirakan mereka, maka bagi orang dewasa, ganjaran pahala, keredhaan dan CINTA Allah s.w.t. seharusnya menjadi perkara yang menyeronokkannya untuk menunaikan solat. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk mendidik anak supaya menggemari solat. Mungkin melalui cara menceritakan kisah-kisah teladan melalui sejarah Nabi-nabi dan orang-orang soleh akan membangkitkan daya imaginasi dan merangsang minda untuk meniru akhlak baik yang mereka dengar. Perkara ini akan tetap tertanam dalam diri mereka sehingga mereka dewasa kelak. Oleh itu, jika sentiasa dikatakan bahawa untuk mencapai hidup yang bahagia itu adalah melalui solat, lambat laun pasti akan menarik minat mereka kepada solat. Justeru, memahami seni dalam perkara ini akan membantu untuk membina masyarakat agar mencintai solat. Orang-orang yang istiqamah solat dengan tambahan solat malam (tahajjud) dan lain-lain bukannya kerana paksaan, tetapi kerana dalam solat itu ada cinta dan kemanisan. Justeru, bersabarlah menunaikan solat sehingga mendapat kemanisan cinta daripada Allah s.w.t.

    Membangunkan budaya solat adalah tanggungjawab semua orang. Budaya solat harus `diinstitusi’ atau `dimasyarakatkan’. Walaupun di negara kita terdapat banyak perkara yang boleh mengingatkan kita kepada solat, namun masih banyak lagi di antara kita yang masih belum tertarik ke arahnya. Ini bermakna, budaya solat masih perlu dibangunkan lagi sehingga kukuh. Mungkin di antara penyebabnya ialah sistem kehidupan kita seharian tidak berlegar di sekeliling waktu-waktu solat. Malah solat pula yang mengikut kehendak masa yang ditentukan oleh perkara lain. Sebagai contoh, waktu kerja kita yang menentukan waktu solat dan bukan solat yang menentukan waktu kerja.

    Mungkin perkara ini dirasakan terlalu ke hadapan, tetapi sekurang-kurangnya kita telah memikir dan merancang ke arah pembangunan insan melalui solat. Inilah peranan yang sedang dimainkan oleh Black & Brown, iaitu menimbulkan kesedaran terhadap solat yang merupakan tunjang kejayaan dalam membina tamadun yang tinggi. Justeru, adalah penting untuk kita memikir dan mengatur budaya seharian kita. Tidak mustahil, suatu hari nanti dunia kita akan memilih untuk mengatur kembali perkara budaya ini. Wallahu A’lam.

  2. best thing in the world

  3. hi friends